Monday, December 27, 2010

TAHUN BARU 2011

SALAM...
Saksikan persembahan  kami di program sambutan tahun baru 2011 yang akan diadakan  pada 31 disember bertempat di Padang Astaka Kemaman,Terengganu.

Monday, December 20, 2010

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah,,dengan rahmat dan kasihNya maka selesai juga program kami  pada 17 dan 18 hb disember,dengan jayanya.sekarang cahaya hati sibuk buat persediaan untuk 2 program serentak(25hb) iaitu show di majlis perkahwinan di kijal dan perarakan kompang perkahwinan di geliga.jarak antara dua tempat ini agak jauh, tapi kedua-dua program ini mesti disempurnakan juga.walaubagaimanapun,syukur alhamdulillah kerana kami mempunyai ahli yang ramai dengan menggabungkan antara cahaya hati senior dan cahaya hati junior dan kami membahagikan dengan 2 kumpulan.semoga kami berjaya melaksanakan program ini dengan sempurna...amin,

Thursday, December 16, 2010

show di MESRA MALL.


bacaan ayat2 suci alquran oleh sofiuddin iaitu ahli cahaya hati junior di mesra mall,pada bulan ramadan tahun 2010.program ini bermula jam 3ptg.program ini berlangsung sepanjang bulan ramadan.
Perarakan ini diadakan di taman perwaja kemaman terengganu malaysia.Ini bukanlah majlis perkahwinan,tapi perarakan sempena majlis bekhatan beramai-ramai anjuran KESUREP perwaja. Jarak perarakan ini ialah sejauh 2 km,mengelilingi 1/2 taman perumahan perwaja.Majlis ini bermula jam 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tgh hari.

Tuesday, December 14, 2010

Mula penubuhan kumpulan CAHAYA HATI

Kumpulan Cahaya Hati ditubuhkan pada 1mei 1998..anggota nya seramai 15 orang terdiri daripada anak-anak pekerja perwaja.pada ketika itu kumpulan cahaya hati adalah kumpulan nasyid kanak-kanak yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun.Ustaz Roslan b.Darus adalah jurulatih kumpulan Cahaya Hati.dan pada hari ini Cahaya Hati masih aktif lagi.Sekarang tahun 2010 kebanyakan anggota kumpulan Cahaya Hati sudah pun berumur 24 tahun, di antara aktiviti kumpulan Cahaya Hati ialah kumpulan kompang,kumpulan nasyid,sound sistem,,Cahaya Hati juga ada menjual alatan muzik seperti kompang,kongga,drabuka,yanke,tamburin dan lain-lain.